NADI X Cybersecurity-Rakaman Webinar ”Ancaman Kamera Tersembunyi: Apa Yang Anda Perlu Tahu”
12 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 Disember 2025, bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1030 pagi, 2 orang ahli NADI Pekan Machan telah menyertai rakaman Webinar NADI X Cybersecurity bertajuk “Ancaman Kamera Tersembunyi; Apa Yang Anda Perlu Tahu”.
Peserta akan mempelajari apakah sebenarnya kamera tersembunyi, bagaimana teknologi ini berfungsi serta mengapa ia sering disalahgunakan untuk tujuan mengintip dan merakam tanpa kebenaran. Webinar ini menerangkan jenis-jenis kamera yang biasa digunakan, termasuk kaedah penyamaran seperti dalam pengecas telefon, alat pengesan asap, jam digital atau peralatan eletronik kecil yang sukar dikesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: