NADI X Cybersecurity-”Ancaman Kamera Tersembunyi: Apa Yang Anda Perlu Tahu”

5 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Disember 2025, bermula pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang, 1 orang ahli NADI Pekan Machan telah menyertai Webinar NADI X Cybersecurity bertajuk “Ancaman Kamera Tersembunyi; Apa Yang Anda Perlu Tahu”.

Peserta akan mempelajari apakah sebenarnya kamera tersembunyi, bagaimana teknologi ini berfungsi serta mengapa ia sering disalahgunakan untuk tujuan mengintip dan merakam tanpa kebenaran. Webinar ini menerangkan jenis-jenis kamera yang biasa digunakan, termasuk kaedah penyamaran seperti dalam pengecas telefon, alat pengesan asap, jam digital atau peralatan eletronik kecil yang sukar dikesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali