NADI Mahir Baiki Gajet Intake 3 (Minggu ke-9)

11 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2026, 1 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Baiki Gajet pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Kelas mahir baiki gajet minggu ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pemilihan telefon pintar, kesan Lithium Ion & Multimeter (Ujian keterusan). Peserta diperkenalkan dengan kepentingan pemilihan telefon pintar. Mengenalpasti tujuan utama membeli telefon pintar. Setiap pengguna mempunyai keperluan yang berbeza seperti kerja, pembelajaran, hiburan atau fotografi.

Selain itu, peserta diperkenalkan dengan maksud ujian keterusan. “Keterusan” bermaksud sambungan berterusan yang membolehkan arus mengalir. Ujian keterusan dilakukan untuk menyemak sama ada litar bersambung atau terputus. Ia mengenalpasti kerosakan pada wayar, fius, suis, penyambung dan lain-lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali