NADI X Keusahawanan (NADIPRENEUR EMPOWERHER)-Rakaman Webinar Perancangan Kewangan “Roadmap Bisnes 2026”
12 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2026, bermula pukul 11.30 pagi, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Keusahawanan (NADIPRENEUR EMPOWERHER).
Program kali ini memaparkan video Pengurusan Kewangan iaitu “Roadmap Bisnes 2026”. Tujuan webinar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan mengurus kewangan secara bijak dan sistematik. Peserta dapat mempelajari cara merancang bajet, mengawal perbelanjaan, membuat simpanan serta merancang masa depan kewangan yang lebih stabil.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: