NADI X Keusahawanan-Video Pralatihan 29 Perancangan Kewangan “Macam Mana Nak Gemukkan Akaun Bisnes?”
15 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Julai 2026, bermula pukul 3.00 petang, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Keusahawanan iaitu menonton Video Pralatihan Perancangan Kewangan “Macam Mana Nak Gemukkan Akaun Bisnes?”.
Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang strategi meningkatkan pendapatan dan mengukuhkan kewangan perniagaan melalui pengurusan yang bijak serta teknikn pemasaran yang berkesan. Peserta menonton video pra latihan mengenai cara meningkatkan keuntungan perniagaan. Mempelajari strategi menambah jualan, mengurus aliran tunai dan menarik lebih ramai pelanggan. Sesi refleksi ringkas serta mengenalpasti tindakan yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan: