NADI Care Studio Sihat-”Makan Udang Terus Bengkak? Ini Tanda Alergi Serius”

15 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2026, bermula pukul 10.30 pagi, seorang ahli NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Care Studio Sihat iaitu “Makan Udang Terus Bengkak? Ini Tanda Alergi Serius”.

Dalam video ini, ia menerangkan tanda-tanda alergi makanan laut yang perlu diberi perhatian, terutama jika simptom berlaku secara tiba-tiba selepas makan udang atau makanan bercengkerang. Jangan anggap ini alergi biasa-biasa. Udang dan makanan laut bercengkerang boleh mencetuskan alergi makanan. Ada reaksi yang ringan, tetapi ada juga yang boleh menjadi serius dan mengancam nyawa, dikenali sebagai anafilaksis. Jika berlaku bengkak pada tekak, susah bernafas, pening teruk atau hampir pengsan selepas makan sesuatu makanan, jangan tunggu. Ini boleh menjadi tanda reaksi alergi yang serius dan memerlukan rawatan kecemasan.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 5 :  Gambar semasa kelas berlangsung.

Kembali Ke Atas

kembali