NADI Mahir Prompt Engineer Intake 4 (Minggu 1)

16 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2026, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti NADI Mahir Prompt Engineer Intake 4 pada minggu 1.

Pada minggu ini, peserta diberi pendedahan awal mengenai perjalanan program serta modul pembelajaran yang akan diikuti sepanjang kursus. Sesi pengenalan yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence-AI) serta peranannya dalam kehidupan seharian, pendidikan, pekerjaan dan perniagaan. Sesi ini bertujuan membantu peserta memahami perkembangan teknologi AI dan potensi penggunaannya dalam pelbagai bidang. Sepanjang sesi, peserta diperkenalkan kepada asas penggunaan teknologi AI, kepentingan menghasilkan arahan (prompt) yang jelas dan berkesan serta aplikasi AI seperti ChatGPT bagi meningkatkan produktiviti dan kreativiti.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 4 :  Gambar semasa kelas berlangsung.

Kembali Ke Atas

kembali