NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat E-sukan LMS-Etika & Sikap pemain Esukan
18 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2026, bermula pukul 10.30 pagi, seorang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Pembelajaran sepanjang hayat iaitu E-sukan di dalam LMS yang bertajuk Etika dan Sikan Pemain Esukan.
Kelas Esukan ini bertujuan membentuk sikap profesional pemain esukan dengan mendidik pemain agar sentiasa berdisiplin, bertanggungjawab dan beradab ketika bermain sama ada dalam pertandingan atau permainan harian.
Selain itu, kelas ini juga meningkatkan kesedaran tentang etika dalam esukan dimana pemain didedahkan dengan kepentingan etika seperti menghormati rakan sepasukan, pasukan lawan dan pengadil. Kelas kesedaran ini juga bertujuan untuk melahirkan pemain esukan yang berintergriti dimana seorang pemain yang jujur, beretika dan mematuhi peraturan pertandingan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: