NADI X Cybersecurity-Program Cyber Hygiene-Asas Keselamatan Siber

23 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2026, bermula pukul jam 3.00 petang, 1 orang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Cybersecurity iaitu Program Cyber Hygiene Asas Keselamatan Siber.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang amalan keselamatan siber asas bagi melindungi diri, akaun digital dan peranti daripada ancaman dalam talian seperti penipuan, kecurian data dan pencerobohan akaun.

Program Cyber Hygiene memberi pendedahan praktikal tentang cara melindungi akaun media sosial dan aplikasi, mengenalpasti scam, phishing serta pautan berbahaya dan mengamalkan penggunaan telefon serta internet secara selamat dalam kehidupan seharian. Pendekatan program adalah mudah difahami, relevan dengan situasi sebenar dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali