NADI Mahir Pertanian Pintar Intake 4 (Minggu 2)-Asas Pertanian Fertigasi

24 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2026, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti NADI Mahir Pertanian Pintar Intake 4 pada minggu 2 iaitu Asas Pertanian Fertigasi.

Pada minggu ini, peserta diperkenalkan asas pertanian fertigasi secara dalam talian. Peserta diberikan penerangan mengenai konsep asas pertanian fertigasi, termasuk kaedah penanaman tanpa tanah serta pengunaan sistem pengairan dan pembajaan secara terkawal. Sesi turut memberi pendedahan mengenai peralatan dan komponen asas sistem fertigasi, penyediaan tanaman serta kepentingan pengurusan air dan nutrien bagi memastikan pertumbuhan tanaman yang baik. Melalui sesi ini, peserta dapat memahami asas kaedah fertigasi sebagai salah satu pendekatan pertanian moden yang lebih teratur dan berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 5 :  Gambar semasa kelas berlangsung.

Kembali Ke Atas

kembali