NADI Mahir Baiki Gajet Intake 3 (Minggu ke-3)

28 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Januari 2026, 1 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Baiki Gajet pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang. Peserta didedahkan mengenai kemahiran asas penggunaan telefon pintar. Program ini membantu peserta memahami fungsi utama telefon pintar, pengurusan aplikasi, tetapan asas, serta keselamatan dan etika penggunaan peranti digital.

Peserta didedahkan dengan cara menggunakan telefon pintar dengan berkesan untuk tujuan komunikasi, pembelajaran dan pengurusan maklumat harian. Aktiviti praktikal turut dijalankan untuk memastikan peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh secara langsung, seperti mengurus aplikasi, menetapkan tetapan keselamatan serta memahami ciri-ciri penting telefon pintar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali