NADI Mahir Masak Intake 3 (Minggu ke-3)
28 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 27 Januari 2026, seramai 3 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Masak pada pukul 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. Pada minggu ke-3 ini, peserta diberi pendedahan dan kemahiran praktikal mengenai penyediaan minuman mocktail dan kopi secara asas. Peserta berpeluang mempelajari cara menyediakan minuman tanpa alkohol yang menyegarkan, berwarna-warni dan sesuai untuk semua majlis. Bukan sekadar sedap tapi juga menyihatkan dan mudah disediakan.
Kelas ini bukan sahaja memberi ilmu, malah mengasah aktiviti dan minat dalam bidang masakan dan kulinari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: