NADI Mahir Jahit Intake 3 (Minggu ke-3)
29 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 Januari 2026, seramai 1 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Jahit iaitu pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang. Modul minggu ke 3 bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada asas jahitan berbentuk tiga dimensi melalui projek praktikal “jahit pencil box”. Aktiviti ini dirancang bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam mengendalikan fabrik berstruktur, memahami teknik jahitan sudut dan lipatan, serta membina keyakinan dalam menghasilkan produk siap yang boleh digunakan secara harian.
Ia juga mendorong kreativiti dan ketelitian, selaras dengan matlamat program NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat Mahir Jahit untuk melahirkan komuniti yang mahir dan berdikari di dalam bidang jahitan asas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: