NADI Mahir Pertanian Pintar Intake 4 (Minggu 3)-Asas Kesuburan Tanah
1 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 31 Julai 2026, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti NADI Mahir Pertanian Pintar Intake 4 pada minggu 3 iaitu Asas Kesuburan Tanah.
Pada minggu ini, peserta diberi pendedahan mengenai pengetahuan asas kepentingan kesuburan tanah dalam bidang pertanian. Peserta akan didedahkan dengan kaedah mengenalpasti ciri-ciri tanah yang baik, faktor yang mempengaruhi kesuburan tanah serta teknik penjagaan dan pengurusan tanah yang sesuai bagi menyokong pertumbuhan tanaman. Program ini membantu meningkatkan kemahiran peserta dalam mengaplikasikan amalan pertanian pintar dan moden untuk menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan: